MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI 649400 @ Admin Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI 649400 @ Admin Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
Admin



Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI Empty
PostSubject: Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI   Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI Empty26/3/2010, 2:33 am

Oleh GURU CYBER

Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI / DPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal. Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:
Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan
pengarah pelajaran.

Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.

Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.

Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.


ASPEK TEMUDUGA YANG DI NILAI

Suara >> Suara calon mestilah kuat dan terang serta boleh didengari hingga ke belakang kelas..

* Suara calon mempunyai intonasi dalam membuat penegasan fakta dan juga mampu menarik perhatian penemuduga.
* Calon menggunakan sebutan bahasa melayu yang betul ( bukan pelat atau loghat daerah yang terlalu ketara )

Personaliti >> Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan..

* Calon menunjukkan ketrampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
* Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
* Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
* Calon mempunyai sifat prihatin yang tinggi terhadap profesion perguruan
* Calon berbudi bahasa terhadap calon lain serta penemuduga
* Calon mempunyai kemahiran sosial dan suka berinteraksi
* Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

Bahasa >>

* Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
* Bahasa yang fasih dan lancar
* Menggunakan tatabahasa yang betul
* Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

PENILAIAN UTAMA TEMUDUGA

Pengenalan Diri

1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan


Penerangan Diri

1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Personaliti

1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

- KPLI2U
Back to top Go down
https://myfren.forumms.net
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
zhan



Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI Empty
PostSubject: Re: Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI   Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI Empty26/3/2010, 7:36 am

kalau temuduga guru ni...
yg penting mau jaga adalah personaliti diri...mcm yg d cakap d atas tu..hehe
rambut kena pendek..kalau bole jgn telampau gaya2 tu rambut...hehe
baju kalau bole pakai warna putih or warna cerah...tie jgn lupa..
tanda nama yg warna hitam tulisan putih tu..
kasut hitam bertumit dan bertali..bersih dan berkilat..

tips bila dalam bilik temuduga pla...
suara yg dan penyampaian masa jawab soalan tu kena jelas dan terang..
jawab dengan tepat dan jgn tergagap2..hehe
kalau bole..masa berinteraksi dgn penemuduga tu jgn la telampau sombong dan angkuh..
tatatertib berkomunikasi kena jaga..hehe

itu ja tips dr aku yg pernah d bagitau oleh bos2 penemuduga guru ni..hehe
Back to top Go down
 
Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin
» Tips Interview PT N17
» Petua & Tips CINTA
» Panduan dan tatacara untuk menghadiri temuduga
» Tips untuk cepat dpat jodoh..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Job Vacancies :: Request Jobs-
Jump to: