MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
secret recipe 649400 @ Admin secret recipe 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
secret recipe 649400 @ Admin secret recipe 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 secret recipe

Go down 
+4
Admin
nyamuking
lynkin84
misschanteq
8 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 2:48 pm

dalam ruangan ini, sesiapa yang mempunyai resipi masakan ke, buat kek ke, biskut ke atau apa saja boleh la tunjukkan bakat anda di sini..dengan adanya ruangan ini, kaum wanita boleh mempelajari teknik-teknik memasak supaya suami bertambah sayang ( kepada mereka yang suda berkahwin ) n menjadi menantu pilihan ( kepada wanita yang bakal berumah tangga )..hehehehe... [You must be registered and logged in to see this image.]

sebagai permulaan, saya nak kongsi satu resipi di mn resipi nie menjadi menu utama dalam family sy..( makanan kegemaran my dad ) iaitu udang mentega..

bahan - bahan :

1. 300g udang sederhana besar ( dibelah di bahagian belakangnya )
2. 1 sudu makan mentega
3. 2 biji kuning telur
4. 2 tangkai daun kari
5. 4 biji cili padi
6. 1 mangkuk air rebusan ayam
7. garam dan ajinamoto secukup rasa

cara - cara memasaknya :

1. panaskan mentega di dalam kuali menggunakan nyalaan api yang besar. tuang kuning telur sedikit demi sedikit sambil mengacau di dalam kuali.

2. masukkan daun kari dan cili padi yang telah dihiris nipis dan diikuti udang yang telah siap dibersihkan.

3. selepas itu masukkan air rebusan ayam dan juga garam secukup rasa. angkat dan toskan menggunakan penapis. boleh la dihidangkan....
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 3:11 pm

Yummy!!! Naa..ngan ko buat thread ini babe....aku ni mau bguru ma ko...

p/s:: Happy laa mamak eh ngan brita ini..ahahahahahah....
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 3:15 pm

bule la aku try resipi2 dsni nti,heheheehe Razz
ba, post lagi resipi2 tu, aku mau balajal....
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 3:24 pm

uinaaa...x sangka mendapat sambut ckit..hehehehe..kan mmg hobi ku masak2 nie..aku lebi rela di suru masa seminggu daripada aku disuru kemas rumah walau sehari..hahahahahahaha...bah nnt aku post lagi resipi2 len..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 3:41 pm

request kek boleh..??? kek gula hangus....
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 3:46 pm

lynkin84 wrote:
request kek boleh..??? kek gula hangus....

kek gula hangus tu yang mn 1 ya...? aku lupa lak mcm mn rupanya..nnt aku try2 tnya dengan my mom...tp xtau la kalu itu keknya..rasanya mcm perna my mom buat...
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 4:34 pm

KEK LAPIS SARAWAK


Bahan – bahan A

15 biji kuning telur
6 biji puti telur
200g tepung hongkong
200g gula kastor
1 sudu makan ovellate


Bahan – bahan B
500g mentega
6 sudu makan susu pekat manis
300g seri kaya


Bahan – bahan C
Pewarna makanan ( 2 jenis warna )
2 sudu makan nescafe
Jem


Cara – cara membuatnya
1. Pukul bahan A sehingga rata / sebati. Kemudian ketepikan
2. Pukul bahan B sehingga kembang dan putih.[/size
[size=12]3. Campurkan adunan A ke dalam B dan gaul sehingga sebati.
4. bahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian 1 letakkan serbuk nescafe dan yang 1 lagi diletakkan perwarna yang berlainan dan gaul sehingga rata.
5. Bakar lapisan pertama dalam suhu 125°c selama 5 – 10 minit.
6. Setelah masak, supukan dengan jem supaya memudahkan lapisan ke 2 melekat dan seterusnya lapiskan lagi dengan adunan yang berlainan warna.
7. Ulang sehingga adunan habis.


KEK CHOCOLATE KUKUS
Bahan – bahan A
1 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat
½ sudu teh garam
½ sudu teh nescafe
3 biji telur

Bahan – bahan B
½ cawan susu cair
½ cawan minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan air panas

Bahan hiasan
Coklet masakan ( dicairkan )
Coklet rice

Cara – cara membuatnya
Gaul kesemua bahan A sehingga rata / sebati.
Sesudah itu, masukkan 1 per 1 bahan B sambil digaul rata.
Masukkan kedalam tin pembakar kek dan kukus sehingga masak.
Sesudah kek dikukus dan sejuk, boleh la di letakkan coklet cair diatas kek tadi dan taburkan dengan coklet rice diatas permukaan kek tadi.
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 4:51 pm

Tom yam campur

Bahan – bahannya :-

  • Serai
  • Adabi ( perencah tom yam )
  • Tomato besar
  • Daun limau purut
  • Bawang besar
  • Lada besar / kecil
  • Bunga kubis ( brokoli )
  • Kubis panjang
  • udang, ayam, fish ball, sotong, daging
  • Lobak
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa


Cara – caranya :-

  • Didihkan ayam, udang, fishball, sotong dan daging.
  • sesudah itu, masukkan serai, perencah tomyam, daun limau purut, lada besar dan kecil, brokoli dan lobak. Didihkan sebentar.
  • last sekali, masukkan tomato, bawang besar, kubis panjang dan garam secukup rasa.
  • Hidangkan di dalam mangkuk. Taburkan daun sup di atasnya.
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 4:56 pm

ala sorry la fren..kecik plk tulisannya..aku men copypaste jak nie dr koleksi resipi di external hard disk..mau taip balik malas plk..pjgn btl..tp buli nmpk bah juak tu kan..bah nnt aku tmbh lgi..aku mau pi dating dulu..hehehehe..
Back to top Go down
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
Admin



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/3/2010, 6:04 pm

nice topic! [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
https://myfren.forumms.net
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty16/3/2010, 12:41 am

Begini caranya ;
Mula-mula sediakan bahan seperti dibawah ini.


  • 2 cawan susu tepung (susu tepung jenis apa-apa pun
    OK)

  • 1 Cawan coffee mate

* Kedua-dua bahan diatas hendaklah dibancuh dengan 3 cawan air
suam sehingga sebati


  • 9 gram agar-agar (rendam agar-agar tu dalam air
    selama beberapa ketika)

  • 5 cawan air
  • 170 gram gula pasir(kira-kira 1 cawan gula)


  1. Apabila sudah disediakan semua bahan-bahan, maka mari kita mulakan
    memprosesnya.

  2. Masukkan agar-agar dalam periuk kecil dan masukkan 5 cawan air
    kedalamnya.

  3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air itu tadi hingga sebati.
  4. Masukkan secawan gula pasir kedalam sebatian agar-agar tadi.
  5. Masak campuran agar-agar dan gula sehingga sebati.
  6. Masukkan bancuhan susu tepung dan coffee mate tadi ke dalam sebatian
    agar-agar bergula yang dimasak tadi.

  7. Masak semua campuran bahan tadi sehingga mendidih.
  8. Masukkan perisa kegemaran anda ke dalam campuran bahan yang dimasak
    tersebut.Contoh perisa yang biasa digunakan ialah coklat, sirap, jagung,
    keladi dan banyak lagi.

  9. Setelah dimasukkan perisa kegemaran anda, tuangkan campuran bahan
    tersebut ke dalam bekas yang sesuai.

  10. Akhir sekali, letakkan dadih tersebut di dalam peti sejuk selama
    beberapa ketika.

Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty17/3/2010, 9:32 am

nie masakan plg simple yg yg sllu aku msak..ble dikatakan my fav.food juak la..

sotong msk kunyit

bahan-bahan:
1. setengah kilo sotong ( dipotong2 dan dibersihkn )
2. seulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. sebiji bawang besa
5. 2 inci halia
6. 2 sudu teh serbuk kunyit
7. air asam jawa ( jgn terlalu pekat )
8. 1 batang serai segar
9. garam dan ajinomoto secukup rasa
10. cili api 4 / 5 biji ( kalu mau pedas lgi tmbh la..)
11. 3/4 air putih

cara memasaknya
1. bawang merah, bawang putih, haliah dan cili api di tumbuk sehingga lumat. kemudian panaskn minyak dalam kuali.

2. tumis bawang td berserta serai dan juga kunyit. gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga naik bau.

3. sesudah itu, masukkan air asam jawa dan jaul sehingga sebati. kemudian masukkan lagi air putih sebagai kuahnya.

4. selepas itu, masukan sotong dan gaul sehingga sebati dan tunggu sedikit mendidih. sesudah sedikit menggelegak, ble la masukkn bawang besar, garam dan ajinomoto secukup rasa.

5. tunggu sehingga mendidih dan sotong betul2 masak. last skali hidang la di pinggan.
Back to top Go down
ING
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
ING



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty17/3/2010, 9:48 am

Ni baru bg recipe..blm lg dia masak tu...hehe...mesti sedap [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty18/3/2010, 2:51 pm

uiii...lagi sedap kalu ko yang masak babe...kompom terangkat... [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty18/3/2010, 3:07 pm

hari nie cek kak nak ajar msakan yg simple jg..mmlg sllu jg cek kak buat kat umah..slamat mencuba k...

udang masak merah

bahan - bahan :
1. setengah kilo udang ( dikupas setengah & dibelah sedikit bhgan blkgny )
2. seulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. sebatang serai yg segar ( di ketuk sedikit )
6. bawang besar ( dipotong membulat )
7. cili kering yg suda di bland halus
8. sedikit air putih
9. sedikit air asam jawa
10. 1 1/2 sudu teh gula
11. garam dan ajinomoto secukup rasa
12. 1 sudu makan sos cili

cara memasaknya

1. bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk hingga lumat. panas kan minyak. apabila suda panas masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.

2. sesuda bawang kelihat berwarna sedikit perang, masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati. tunggu sehingga cili td mengeluarkan minyak.

3. bila cili td suda mengeluarkn minyak, masukkan sos cili dan gaul lagi. sesudah itu, masukan air putih dan air asam jawa. gaul sehingga sebati.

4. sementara menunggu kuah tadi mendidih, masukkan serai, udang, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa. gaul lagi sehingga sebati. tunggu sehingga mendidih.

5. apa bila udang suda setengah masak, masukkan bawang besar dan gaul lagi. tunggu sehingga udang betul2 masak dan kuah pun sedikit pekat. apabila kuah sedikit pekat boleh la terus di hidangkan.

selamat mencuba.....!!!!!!
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty19/3/2010, 12:13 pm

apa la nie...asyik aku jak bg resipi...korang2 pun bgi la jg..aku pun mau juak menerai msakan kamu2 nie...hehehehehe....
Back to top Go down
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
R3nji



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty22/3/2010, 4:18 am

misschanteq wrote:
uinaaa...x sangka mendapat sambut ckit..hehehehe..kan mmg hobi ku masak2 nie..aku lebi rela di suru masa seminggu daripada aku disuru kemas rumah walau sehari..hahahahahahaha...bah nnt aku post lagi resipi2 len..

xtau plak aku ko ske msak..bgus2..aman damai rumah tangge nti ni...
truskan usaha mengepost resepi2 kt cni...
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty22/3/2010, 2:06 pm

R3nji wrote:
misschanteq wrote:
uinaaa...x sangka mendapat sambut ckit..hehehehe..kan mmg hobi ku masak2 nie..aku lebi rela di suru masa seminggu daripada aku disuru kemas rumah walau sehari..hahahahahahaha...bah nnt aku post lagi resipi2 len..

xtau plak aku ko ske msak..bgus2..aman damai rumah tangge nti ni...
truskan usaha mengepost resepi2 kt cni...

ehh bkn ko pun pndi msk kew..ari tu punya laku mskan mu..smpi licin bah pinggan tu ku tgk..bah..tunjuk kn kepakaran mu sini geng..bangga juak kamisan nnt.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty29/3/2010, 11:57 am

ari nie cek kak nak kongsi resipi makanan tradisi orang bajau semporna pula..memang makanan nie sedap la..kira my fav food jg la..sllu my mom yg msk..tp jarang la ku msk..sbb kalu x biasa buat dia kn hanyir..tp i try la..slamat mencuba..

SAGOL

bahan - bahan :
1. ikan pari ( dipotong sebesar setengah tapak tangan )
2. seulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci haliah
5. 2 sudu teh serbuk kunyit
6. 2 batang serai segar
7. 4 - 5 biji cili padi
8. sedikit air asam jawa
9. garam dan ajinamoto secukup rasa
10. hati ikan pari

cara memasaknya :
1. rebus ikan pari sehingga cukup masak. apabila suda masak, asingkan isi dengan tulangnya. biarkan seketika.

2. tumbuk hingga lumat bawang merah, bawang putih dan halia. biarkan seketika.

3. panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan hati ikan pari dan kacau kan hati ikan tersebut sehingga sedikit hancur. apabila suda masak, masukkan bawang yang telah ditumbuk tadi dan masukkan sekali kunyit,serai dan cili padi. gaul sehingga menimbulkan aroma yang menyelerakan.

4. sesudah itu, boleh lah masukkan isi ikan pari td. gaul sehingga rata. selepas itu, masukkan sedikit air asam jawa, garam dan ajinamoto secukup rasa. gaul lagi sehingga betul2 masak dan boleh la dihidangkan.
Back to top Go down
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
R3nji



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty30/3/2010, 12:39 am

cm bes je ni....nti aku sruh mak aku try...hehe
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty30/3/2010, 11:38 am

R3nji wrote:
cm bes je ni....nti aku sruh mak aku try...hehe

ko besa mkn ke..? nie makanan tradisi org bajau semporna..xtau la kalu tmpt ko..weii..ajar aku wat kropok lekor..msti ko teror nie kan..hik..hik.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty7/4/2010, 12:32 pm

lynkin84 wrote:
request kek boleh..??? kek gula hangus....

babe...aku dah dapat resepi kek gula hangus nie..dpt dr kwn..tp aku lum try lgi..x da mixer aku...huk..huk..kalu ko rajin nnt ko buat la ble aku rasa..
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty7/4/2010, 12:43 pm

kek gula hangus :

bahan-bahannya :-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur ayam
  • 2 camb mentega

cara membuatnya :

  • masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  • masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  • masukkan mentega. sejukkan. ketepikan dahulu.
  • pukul telur hingga kembang dan pekat.
  • masukkan susu pekat kedalam telur tadi. kacau hingga sebati.
  • masukkan tepung gandum dan soda. sebatikan.
  • akhir sekali, masukkan air gula yang dah disejukkan.
  • perap adunan selama lebih kurang 3-4jam
  • bakar dalam ketuhar bersuhu 160-180 darja selsius selama sejam.
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/4/2010, 12:02 pm

next menu..chiness style..hehehe..pernah la try..sedap jg..sma mcm kat kdai..hehehe...

Ayam Masak Lemon

bahan - bahan A :- ( pemerapan )
1. ayam ( kalau rajin buang tulangnya )
2. 2 sudu serbuk pati ayam
3. lada sula secukup rasa
4. 1 biji telur ayam
5. 1 cawan tepung gandum
6. minyak ( untuk menggoreng )

bahan - bahan B :- ( untuk sos nya )
1. 2 ulas bawang putih ( chopping )
2. 2 biji lemon ( di perah ambil jusnya )
3. 1 sudu gula
4. 1 sudu minyak bijan
5. 1 sudu serbuk pati ayam
6. 2 sudu tepung jagung ( camurkan dengan sedikit air )
7. hirisan lemon

cara memasaknya :
1. perapkan ayam dengan serbuk pati ayam dan lada sula selama 10 - 15 minit.

2. sesudah itu, sadurkan ayam kedalam telur yang dipukul terlebih dahulu kemudian lapiskan dengan tepung jagung. kemudian gorengkan kedalam minyak yang panas seingga ayam bewarna kekuningan.

3. untuk membuat sosnya, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningkan.

4. masukkan air perahan lemon, gula, minyak bijan, serbuk pati ayam, dan gaulkan hingga sebati. sesudah itu, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air supaya sosnya pekat.

5. sekiranya kurang garam, bolehlah tambahkan dengan sedikit garam. tp jgn terlalu byk sbb sos nie rasa masam2 manis.

6. sesudah selesai, boleh la masukkan ayam goreng td kedalam sos lemon. gaul sehingga rata dan boleh la dihias dengan hirisan lemon.

selamat mencuba..!!!
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty14/4/2010, 2:46 pm

alalalala babe..ini yg mau try ni tau..hehehe.. boleh kaa tu aa try d umahmu? hohoho...
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content





secret recipe Empty
PostSubject: Re: secret recipe   secret recipe Empty

Back to top Go down
 
secret recipe
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Wanita Hari Ini :: Dunia Kehidupan Seorang Wanita-
Jump to: