MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Peraturan Forum My FreN 649400 @ Admin Peraturan Forum My FreN 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Peraturan Forum My FreN 649400 @ Admin Peraturan Forum My FreN 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Peraturan Forum My FreN

Go down 
AuthorMessage
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
Admin



Peraturan Forum My FreN Empty
PostSubject: Peraturan Forum My FreN   Peraturan Forum My FreN Empty19/2/2010, 1:25 am

Forum ini adalah bertujuan untuk membentuk satu komuniti di mana ahli-ahli boleh berkumpul dan berbincang tentang isu-isu semasa, perbincangan global, bertukar-tukar idea dan pendapat di dalam suasana hormat menghormati.

Peraturan Forum dibentuk untuk memastikan suasana harmoni dan selesa bagi semua orang.

Para Moderator akan memastikan forum berjalan dengan lancar, tersusun, dan membantu dalam apa jua cara yang boleh.

Jika terdapat apa-apa persoalan kenapa threads / posts anda didelete atau diubah, sila PM mana-mana moderator atau admin dengan baik untuk berbincang masalah dan pastikan anda memasukkan URL dalam soalan

Sila baca peraturan-peraturan forum ini dengan teliti
1. Sila post di kategori yang berkaitan
- Jika anda salah pilih thread, post anda akan dialih ke thread yang berkaitan tanpa sebarang notis.

2. Peraturan Gambar

  • Sila masukkan gambar yang berkaitan dengan topik sahaja
  • Gambar yang berbentuk spam akan didelete
  • Gambar yang mengandungi kelucahan, perkauman, atau vulgar
    (pencabulan/tidak sopan/kasar) tidak dibenarkan sama sekali
3. Peraturan Signature

  • Signature bergambar mesti mengikut Peraturan Gambar seperti yang dinyatakan di atas
  • Saiz maksimum adalah 600kb dan dimensi maksimum 480x100
4. Anda dilarang :

- Spamming

  • hanya terdapat satu perkataan dalam post. Cth : hai, ye, ok
  • komen yang membantutkan flow discussion. Cth : betul, saya
    setuju , tepat sekali , oh tidak
  • hanya menggunakan ayat seperti " no comment"
  • hanya sekadar gelak : hahaha , hihihi , huhuhu , hohoho
  • Sekadar Imoticon cth: [You must be registered and logged in to see this image.]
  • Comment yang di penuhi dengan titik dot. Contoh: Hai......
    ermm..................
  • membuat posting berkali-kali di setiap Thread yang berlainan
    dengan menggunakan isi kandungan yang sama.
- Membuat spam di Visitor Message dan Private Message dengan tujuan
hanya untuk mengiklankan sesuatu

- Membuat double posting @ BUMP (Bring Up My Post) dengan tujuan untuk meningkatkan level dan post count

- Menggunakan kata-kata yang berunsurkan lucah, kasar dan menyumpah

- Bypass perkataan² lucah & kasar. Cth : c.e.l.a.k.a , c-e-l-a-k-a dan lain²

- Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain

- Membuka topik yang pernah dibuka oleh ahli lain sebelumnya

- Membuat posting yang boleh menyebabkan pergaduhan dan rasa tidak puas hati di antara sesama ahli lain

- Membuat posting yang mengarut dan tidak releven dengan tajuk topik

- Melencong jauh (Off Topic, Out Off Topic ) dari tajuk asal dalam
sesuatu perbincangan

- Menyalahgunakan fungsi-fungsi Button seperti meng-klik Button Thanks tanpa sebab

5. Flame dan apa-apa penghinaan secara peribadi tidak akan
dipertimbangkan


  • Jika anda mempunyai apa-apa isu diantara ahli-ahli lain, Mod, atau Admin, sila PM di antara anda, berbincang secara baik, jangan membawa masalah tersebut dalam mana-mana thread forum. Jika perlu, satu permintaan boleh dibuat untuk mendapatkan Moderator atau Admin untuk menyelesaikan masalah. Satu amaran atau ban akan dikenakan jika kelakuan berterusan.
6. Dilarang membuat tuduhan atau pernyataan nama orang lain

  • jika anda mempunyai bukti bahawa ahli forum melanggar peraturan, PM salah seorang Moderator. Jangan post nama mereka dalam forum, dan pastikan anda mempunyai bukti kukuh atau SS (ScreenShot). Jika anda tiada bukti, dan hanyalah cuba-cuba memberikan masalah kepada ahli lain, Admin dan Moderator akan mengambil tindakan setimpal.
  • percubaan blackmail mana-mana pihak selain dari ahli forum, dan
    menggunakan nama orang lain tanpa kebenaran adalah kesalahan yang berat. Sila jaga nama baik forum. Jika anda tiada bukti, dan hanyalah cuba-cuba memberikan masalah, tindakan keras akan dikenakan.
Sekiranya anda tidak mematuhi segala peraturan ini, Admin &
Moderator berhak untuk :


  • mengubah / edit post anda
  • membuang / delete post anda tanpa sebarang notis
  • menutup / closed thread anda
  • ban / senarai hitamkan akaun anda
Forum ini akan lebih harmoni dan tersusun jika semua ahli saling
mengingatkan antara satu sama lain tentang peraturan forum. Anda digalakkan untuk melaporkan segala post yang dirasakan melanggar peraturan forum ini, iaitu dengan klik butang Report
[You must be registered and logged in to see this image.]


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila PM Admin ataupun Super Moderator/ Mod

Segala peraturan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis dan semua keputusan atau tindakan yang diambil oleh Mod dan Admin adalah muktamad.

Terima Kasih, harap maklum. @ Admin
Back to top Go down
https://myfren.forumms.net
 
Peraturan Forum My FreN
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Forum Rules

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: ALL ABOUT My FreN FORUM :: Forum Posting Rules-
Jump to: