MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin 649400 @ Admin Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin 649400 @ Admin Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Admin
HEAD OF ADMIN GROUP
HEAD OF ADMIN GROUP
Admin



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty26/3/2010, 2:17 am

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.

Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, ‘Mumtaz’, ‘First Class’, ‘Distinction’ dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.

Temuduga malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.

Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti ‘batu’ semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“Please introduce yourself” atau “Sila perkenalkan diri anda”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

“Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini”

“saya sekolah tadika di…, ”

“Saya sudah berkahwin dah punyai ….anak”


Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu
kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang
berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :

1. Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2. Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3. Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, 3 point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dankefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain”

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun
sebenarnya”

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, ‘melompat-lompat’.

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor ‘Oil & Gas’ pernah berkata kepada saya :

“Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject”

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :

1. Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2. Gila pangkat.
3. Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4. Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5. Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6. Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :

1. Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2. Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3. Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4. Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5. Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang
dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada 2 jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

“Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, ‘expected salary’ mestilah melihat kepada ’salary scale’ di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai ’scale’ yang berbeza.

1. Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

2. Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

3. Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

“Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?”

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

“Berapa minimum yang anda boleh agaknya?”

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal. Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan ‘performed’ dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“Do you have any question?” atau ” Saudara/i ada apa-apa soalan?”

Kebanyakan calon akan mengatakan "Tiada soalan”

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat. Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rakan pengunjung > [You must be registered and logged in to see this link.] yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya” (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus’ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi’nya , dan majority melemahkannya)

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

Ertinya: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsa (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih” ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa..

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
https://myfren.forumms.net
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty26/3/2010, 9:42 am

Nice thread.... naa, bagi rujukan sesiapa yg p interbiu,,
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty26/3/2010, 1:34 pm

gud info bro!!! alien
Back to top Go down
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
R3nji



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty10/4/2010, 9:57 pm

yeah....good info....leh gne nti nih...
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty10/4/2010, 10:32 pm

Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin 258496 naa..bgs jg nie info..ble guna nnt time interbiu..
Back to top Go down
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty6/10/2010, 9:22 am

Ini soalan yang sering ditanyakan kepada saya oleh kawan-kawan
kita baru-baru ini. Padahal jawapan ni ada dalam laman web SPA.
Tapi takpe...Saya taipnya semula di sini..

--------------------------------------------------------------------
1. Saya dah daftar dengan SPA. Bila saya akan di panggil temu duga?
--------------------------------------------------------------------
Semua permohonan yang telah berdaftar dengan SPA akan di panggil
temu duga sekiranya:

a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon pengisian oleh
Kementerian/Jabatan;

b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan

c. Melepasi asas tapisan yang dikenakan.

Setiap pemohon akan didaftarkan di dalam Bank Data SMSM dan akan
diberi surat akuan pendaftaran.

-----------------------------------------------------------------
2. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
-----------------------------------------------------------------
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil
temu duga walaupun telah lama mendaftar dengan SPA seperti:

a. Jawatan yang dipohon itu tidak ada yang kosong, atau jika kosong
sekali pun Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan itu wujud
tidak meminta SPA membuat pengisian atas pelbagai sebab; atau/dan

b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak didaftarkan
dengan bank data SPA; atau/dan

c. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah lakunya dan
pemohon tidak membuat pembaharuan; atau/dan

d. Pemohon tidak melepasi syarat tapisan yang dikenakan oleh
Suruhanjaya sekiranya jumlah pemohon terlalu ramai; atau/dan

e. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan
atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang mereka pohon.

----------------------------------------------------------------
3. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?
----------------------------------------------------------------
Keputusan temu duga, iaitu sama ada berjaya dipilih sebagai calon
lantikan, simpanan ataupun gagal, akan disampaikan kepada anda
melalui pos. Anda juga boleh menyemaknya melalui laman web SPA di
alamat [You must be registered and logged in to see this link.] atau telefon talian TeleSPA di
nombor 600-83-7979 atau melalui sms di nombor 39111.

-----------------------------------------------------------------
4. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
-----------------------------------------------------------------
Calon-calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak hadir tidak
akan dikenakan sebarang penalti.

-----------------------------------------------------------------
5. Bolehkan saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
-----------------------------------------------------------------
Boleh, sekiranya anda mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang
munasabah. Pertukaran tarikh dan tempat temu duga, terutama yang
melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak, elok dipohon
awal dengan menulis kepada Urus Setia SPA untuk mengelak sebarang
kesulitan dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no.
telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan
tempat temu duga baru dan alasan kenapa ingin bertukar.

-----------------------------------------------------------------
6. Sekiranya calon tidak menghadiri temu duga, apa kesannya
----------------------------------------------------------------
Calon tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Namun demikian
sekiranya calon telah ditawarkan untuk sesuatu jawatan, tetapi
calon menolak, akan disenaraihitamkan selama 3 tahun untuk
jawatan yang sama dan 1 tahun untuk jawatan yang lain.

----------------------------------------------------------------
7. Bila saya patut memperbaharui pendaftaran?
----------------------------------------------------------------
Tempoh sah laku sesuatu pendaftaran ialah setahun. Jika tempoh
ini telah luput, pemohon boleh memperbaharuinya dengan membuat
pendaftaran semula. Ramai pemohon telah terlepas peluang untuk
dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pengambilan disebabkan
tempoh sah laku pendaftaran mereka telah luput dan tidak
diperbaharui semasa urusan pengambilan dijalankan. Pemohon juga
dikehendaki memperbaharui pendaftaran sekiranya mereka ingin
menukar jawatan yang dipohon. Pemohon tidak perlu menunggu
sehingga tamat tempoh setahun bagi berbuat demikian. Bagi calon
KPSL, pembaharuan pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar
surat makluman tanpa perlu mengemukakan permohonan baru.


Sekian saja dari saya kali ni..
Back to top Go down
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty12/10/2010, 9:18 pm

emel yang saya perolehi dari seorang sahabat...

Hizan.....
Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian - kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus
untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah…..

1. Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan
yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang
ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya,
iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.

Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.
Back to top Go down
Sponsored content





Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty
PostSubject: Re: Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin   Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin Empty

Back to top Go down
 
Tips dan Panduan Temuduga Ustaz Zaharuddin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI
» Panduan dan tatacara untuk menghadiri temuduga
» Himpunan Doa & Panduan Hidup...
» Permohonan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA
» Tips Interview PT N17

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Job Vacancies :: Request Jobs-
Jump to: