Di pagi Jumaat ini, saya cuma ingin sampaikan satu
info.
Kini..
Kaedah pengambilan yang dijalankan SPA telah berubah.
Dahulu, calon yang layak akan terus dipanggil temuduga.
Kini dah berubah secara beransur-ansur....
Proses saringan dilakukan oleh SPA seperti di bawah:
1. Tapisan Awal
===============
- calon yang mendaftar online ditapis samada
penuhi syarat atau tidak.
2. Peperiksaan
===============
- calon dinilai pengetahuan am, pengetahuan bidang, kemahiran bahasa dll. Ujian SAHSIAH
dan MINAT juga diadakan.
3. Penilaian Kompetensi
========================
- Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon.
4. Temuduga
=============
Uji kesesuaian dan perwatakan calon.
Ini bermula dengan pengambilan jawatan pengurusan
dan professional - Gred 41. Mereka akan lalui
4 peringkat penilaian ini. Ianya dilakukan secara
berperingkat bagi semua jawatan Gred 41.
Dan bermula 2012, ianya akan digunapakai dalam pengambilan jawatan sokongan iaitu gred 29 ke bawah.