MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM 649400 @ Admin Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM 649400 @ Admin Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM

Go down 
4 posters
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty15/3/2010, 9:13 pm

Oleh Sarah Zulkifli
[You must be registered and logged in to see this link.].my


KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM3, seorang lelaki mendapat untung RM1,500 apabila menggunakan taktik menukar kad pengeluaran wang tunai automatik (ATM) ketika mangsa sedang mengutip wang yang sengaja ditabur penjenayah terbabit di atas lantai kerana menyangka itu wangnya.

Kejadian itu menimpa seorang penjawat awam berusia 27 tahun di Taman Melawati di sini, ketika sedang mengeluarkan wang menggunakan kad ATM isterinya.

Sumber berkata, ketika selesai mengeluarkan wang berkenaan tetapi kad masih berada di mesin ATM, bahu lelaki itu tiba-tiba ditepuk lelaki di belakangnya yang bertanyakan mengenai tiga keping wang kertas RM1 yang berada di atas lantai berhampiran kakinya.

“Mangsa yang menyangka itu wangnya, terus membongkok untuk mengutip duit terbabit dan ketika itu penjenayah berkenaan menukar kad ATM isteri lelaki itu dengan kad lain,” katanya.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengambil kad dan pulang ke rumahnya di Hulu Klang.

Bagaimanapun, Khamis lalu, selepas beberapa hari kejadian berkenaan, isterinya yang mahu membuat pengeluaran wang terkejut apabila nama yang terpapar pada mesin itu milik orang lain dan tidak aktif.

“Pada mulanya isteri mangsa menyangka mesin terbabit mengalami kesilapan teknikal, namun selepas dua kali mencuba dan masih menunjukkan nama orang lain, dia mensyaki ada sesuatu yang tidak kena.

“Mangsa dan isterinya kemudian ke ibu pejabat bank berkenaan untuk mengetahui hal sebenar,” katanya.

Sumber itu berkata, pemeriksaan transaksi di bank mendapati baki wang pada bank isterinya ‘lesap’ dan ada individu membuat dua kali pengeluaran RM1,500.

“Mangsa teringat semula kejadian yang bahunya ditepuk individu sebelum dia mengutip wang dianggap miliknya jatuh di atas lantai,” katanya.

Pasangan terbabit yang berasa tertipu dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis.

Kejadian sama pernah dialami See Teck Huan, 32, apabila sekumpulan lelaki dan wanita warga Timur Tengah menunjukkan sejumlah wang kertas diatas lantai ketika mangsa ingin membuat pengeluaran wang di ATM Seri Gombak, Selasa lalu.

Mangsa yang tidak mensyaki sesuatu mengutip wang berkenaan dan menyerahkan kepada warga Timur Tengah berkenaan, tetapi mereka enggan menerimanya lalu meninggalkan mangsa.

See hanya menyedari terperdaya apabila mendapati kad ATM miliknya yang digunakan untuk mengeluarkan wang sebelum kejadian itu milik seorang wanita.

Apabila dibuat semakan semula didapati RM5,100 wang mangsa dikeluarkan dan mangsa mengesyaki ia perbuatan warga Timur Tengah terbabit.


p/s: hati2 ketika mengeluarkan duit pkai mesin ATM, klu bole bwala kwn atau cari mesin ATM yg byk org lalu- lalang, senang klu tjadi apa2..
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
R3nji
JUNIOR MEMBER
JUNIOR MEMBER
R3nji



Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Re: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty22/3/2010, 3:06 am

kreatif tol dorang ni nk cri duit mudah..tp kreatif yg bodolaa..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Re: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty22/3/2010, 11:55 pm

arghh..macam2 ehh...hati2 laa anda....
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Re: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty23/3/2010, 12:30 am

dunia skng nie mcm2 suda teknik jahat..drg lagi cekap..oleh itu berhati2 lah...
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Re: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty18/4/2010, 1:42 am

tu laa...kalau ada rasa nda kena thdp sesuatu..jan benarkn perkara tu...[i]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content





Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty
PostSubject: Re: Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM   Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM Empty

Back to top Go down
 
Taktik Pencuri Terbaru! Tepuk bahu tukar kad ATM
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Current Issues-
Jump to: