MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac 649400 @ Admin Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac 649400 @ Admin Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac

Go down 
4 posters
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty21/3/2010, 3:40 pm

Cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot. Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.


Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi. Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot. Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?
1)Minum banyak air [You must be registered and logged in to see this image.]
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula.
Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air. Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.
2) Ubahsuai diet anda
[You must be registered and logged in to see this image.]
Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
3)Rasional dalam melakukan senaman [You must be registered and logged in to see this image.]
Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas.
Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.
4)Pilih pakaian yang sesuai [You must be registered and logged in to see this image.]
Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas.
Baju berwarna gelap menyerap haba.
5)Elakkan perangkap haba [You must be registered and logged in to see this image.]
Parking kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta[You must be registered and logged in to see this image.]
Kesan haba panas pada tubuh:-
20• darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25• darjah Celsius - peluh biasa.
30• darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40• darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45• darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.


THANK YOU.. [You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Re: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty21/3/2010, 4:04 pm

minum byk air....stock air laa ni mcm tau...[i] botol
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
zhan
SUPER MODERATOR
SUPER MODERATOR
zhan



Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Re: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty21/3/2010, 10:48 pm

jangan ja bnyk buang air..hehe
Back to top Go down
misschanteq
MODERATOR
MODERATOR
misschanteq



Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Re: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty22/3/2010, 1:01 am

tiap ari aku minum 2 botol air putih..dlm kreta pun x sah kalau xda botol air..tu yg mengasi penuh blkg keta jak tu segala botol2 air..
Back to top Go down
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Re: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty18/4/2010, 2:16 am

tp jan biar air tu lama dlm keta...air yg tkena cahaya matahari d dlm keta boleh sbbkn kanser...jan simpan air lama dlm plastik..[i]
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Sponsored content





Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty
PostSubject: Re: Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac   Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac Empty

Back to top Go down
 
Cuaca Panas dan kering pd 21 Mac
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Timun Melegakan Panas Badan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: General :: Current Issues-
Jump to: