[You must be registered and logged in to see this image.]Al Fatihah buat Allahyarham Siti Surianie Julkarim atau Yanie Mentor, 24 yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4 petang semalam di Hospital Keningau, Sabah.
Allahyarham yang dikenali menerusi Program Mentor dikatakan telah menderita ketumbuhan di paru-paru sejak empat bulan lalu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sembulan, Kota Kinabalu pada hari ini.
Allahyarham dikenali menerusi lagu duet bersama Didie, Saling Terpesona dan adalah anak didik Ning Baizura menerusi program Mentor lima tahun lalu. Allahyarham telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah.
Al-fatihah diucapkan kepada Yanie Mentor kerana telah pergi meninggalkan kita semua. Dikhabarkan Yanie telah pergi kerana kanser paru-paru. Beliau telah terlantar selama empat bulan. Berita ini telah disahkan oleh suami beliau, Irfin. Yanie adalah pemenang tempat ketiga Mentor musim pertama dan merupakan anak didik Ning Baizura. Al-fatihah Dari MyFreN Forum… Ini sedikit info tentang yanie:-
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
• Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
[You must be registered and logged in to see this image.]