MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips untuk cepat dpat jodoh.. 649400 @ Admin Tips untuk cepat dpat jodoh.. 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Tips untuk cepat dpat jodoh.. 649400 @ Admin Tips untuk cepat dpat jodoh.. 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Tips untuk cepat dpat jodoh..

Go down 
AuthorMessage
lynkin84
MODERATOR
MODERATOR
lynkin84



Tips untuk cepat dpat jodoh.. Empty
16032010
PostTips untuk cepat dpat jodoh..

1. Membaca surah Yaasin setiap malam
-sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali
-niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut
-dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri.
-Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu
-dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud
-kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat
–sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah
orangnya.(Tawakkal)

[You must be registered and logged in to see this image.]

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah
-untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.
-Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab -Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
-dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat
-kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
-Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
-Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah
-atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak
pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang
bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah.

Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja.

Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah.

Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!
-----------from pakarhowto.com


Last edited by lynkin84 on 16/3/2010, 10:07 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.lynkin84.blogspot.com
Share this post on: reddit

Tips untuk cepat dpat jodoh.. :: Comments

zhan
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 12:16 am by zhan
ikhlas dalam kehidupan...kompom dpt cepat...hehe
lynkin84
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 12:25 am by lynkin84
percaya dgn apa yg telah dijanjikan oleh Allah SWT thadap kita... insyaAllah...
zhan
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 1:00 am by zhan
dan bila dapat jodoh...jangan lupa besyukur...
lynkin84
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 1:08 am by lynkin84
itu laa bro...syukur ngan kurniaan dari Tuhan... [You must be registered and logged in to see this image.]
ING
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 11:42 am by ING
doa,usaha dan tawakal..
nyamuking
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 2:09 pm by nyamuking
doa ibubapa jgk penting....perlu ada restu dr mereka... [You must be registered and logged in to see this image.]
lynkin84
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post 16/3/2010, 2:25 pm by lynkin84
hizan wrote:
doa ibubapa jgk penting....perlu ada restu dr mereka... [You must be registered and logged in to see this image.]

mentangĀ² laa suda mngadap bakalĀ²... [You must be registered and logged in to see this image.]
Re: Tips untuk cepat dpat jodoh..
Post  by Sponsored content
 

Tips untuk cepat dpat jodoh..

Back to top 

Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Tips Memujuk Lelaki @ Cara Memujuk Untuk Cepat Masuk Meminang
» Cara Baru Untuk Mencari Jodoh
» Tips-Tips Temuduga KPLI / DPLI
» Cepat! Tanggalkan sekarang!
» Tips Interview PT N17

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Love, Friendships & Relationships :: Love, Friendships & Relationships-
Jump to: