MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Isteri Curang ~ Kisah Iktibar 649400 @ Admin Isteri Curang ~ Kisah Iktibar 649400
MyFreN Forum
Welcome to the "My FreN Forum", community portal. This is the place to connect with old and new friends.
Isteri Curang ~ Kisah Iktibar 649400 @ Admin Isteri Curang ~ Kisah Iktibar 649400
MyFreN Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyFreN Forum

Connect With Old & New FreN's
 
PORTALHomeLatest imagesRegisterLog in
Welcome to My FreN Forumfrom @ Admin

 

 Isteri Curang ~ Kisah Iktibar

Go down 
AuthorMessage
nyamuking
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
nyamuking



Isteri Curang ~ Kisah Iktibar Empty
18032010
PostIsteri Curang ~ Kisah Iktibar

dipetik dari [You must be registered and logged in to see this link.]

Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekaligus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan. Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi. Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun. Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan. Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya. Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya. Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya. Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu. Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri. Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya. Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat? Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip. Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah. Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak. Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya. Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?” oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
Back to top Go down
Share this post on: reddit

Isteri Curang ~ Kisah Iktibar :: Comments

misschanteq
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 18/3/2010, 5:47 pm by misschanteq
dui..sadisnya nie lelaki..kesian plk tau ceritanya..kuasa Allah la bah suda tu mau kasi tunjuk ngan dia mcm mn perangai bini dia yang sebenar..tp mngkin ada sbb lain tu napa bini dia mcm tu..huk..huk..
nyamuking
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 18/3/2010, 6:53 pm by nyamuking
menurut ceta, kunun nya isteri dia tdk mendapat kepuasan seks @ batin dgn suaminya...jikalau benar, adakah tindakan isteri dia itu betul [You must be registered and logged in to see this image.] ?? tdk puas dgn suami sendiri tetapi mcari org lain utk memenuhi kepuasan diri sendiri ?? patut ka??

p/s: klu aku la d tmpt lelaki ni, suda aku kasi mati dua2!!nda guna btudung, tp dlm diri serupa saitannnnnn!!!! [You must be registered and logged in to see this image.]
misschanteq
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 18/3/2010, 8:08 pm by misschanteq
naaa...ambil kau...alasan tu bah mcm x patut betul...kalau ya pun dia x mndpt kepuasan dr suami ny, jgn la bah smpi cr ngan org lain...btl jg c ongkol sakap...x guna tudung labu kalau perangai mcm setan...tudung tu sbg simbol tuk menutup kesalahn jak la 2...aku ada jg terbaca dlm 1 web..tp tu pengakuan istri plk...dia curang ngan suami dia sbb termakan pujuk ngan jiran sebelah...xtau la apa kes suda skng...laki dia suda tau ke indak..
ING
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 19/3/2010, 10:00 am by ING
hizan wrote:
menurut ceta, kunun nya isteri dia tdk mendapat kepuasan seks @ batin dgn suaminya...jikalau benar, adakah tindakan isteri dia itu betul [You must be registered and logged in to see this image.] ?? tdk puas dgn suami sendiri tetapi mcari org lain utk memenuhi kepuasan diri sendiri ?? patut ka??

p/s: klu aku la d tmpt lelaki ni, suda aku kasi mati dua2!!nda guna btudung, tp dlm diri serupa saitannnnnn!!!! [You must be registered and logged in to see this image.]

Sabar..sabar..bawa btenang [You must be registered and logged in to see this image.]
ING
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 19/3/2010, 10:07 am by ING
Klo betul la alasanya nda mendapat kepuasan..banyak lg ba cara lain buli d buat..jumpa doktor ka..minta nasihat kaunselling ka.. [You must be registered and logged in to see this image.]
lynkin84
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post 21/3/2010, 12:42 pm by lynkin84
ini laa kalau nda ada pbincangan sesama mereka.. si suami nda tau d mna silapnya...c isteri pula nda jaga maruah suami pula..p crita mcm2 ma org luar..yg jadi mgsa tu anak..ksian...[i]
Re: Isteri Curang ~ Kisah Iktibar
Post  by Sponsored content
 

Isteri Curang ~ Kisah Iktibar

Back to top 

Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Isteri Berlaku Curang
» Kisah Chenta Anda!!!
» Critakan Kisah DATING Anda di Sini...
» Calon Isteri Mengikut Pekerjaan
» Isteri bekerja...kebaikan dan keburukan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MyFreN Forum :: Love, Friendships & Relationships :: Love, Friendships & Relationships-
Jump to: